TPM lancarkan Xplore X7, telefon satelit android pertama di dunia

News Coverage on Xplore X7 Launch in Utusan Online.

CYBERJAYA 2 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan telefon satelit pintar yang diintegrasi platform Android pertama di dunia, Xplore X7.

Telefon yang dibangunkan oleh syarikat Malaysia, AdvanceTC Group Sdn. Bhd. itu berkemampuan liputan 4G di 98 peratus kawasan seluruh dunia, khidmat pesanan ringkas satelit, bateri berprestasi tinggi serta butang kecemasan.

Menurut Wan Azizah, beliau berbangga dengan kejayaan syarikat tempatan menghasilkan telefon satelit pintar yang mampu digunakan di kawasan-kawasan pedalaman dan terpencil di seluruh dunia yang terbatas liputan rangkaian selular.

“Saya berbangga produk Xplore X7 ini telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Malaysia, saya berharap produk ini akan menerajui perubahan dan diterima di pasaran global,” katanya ketika berucap bagi melancarkan produk berkenaan di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC ) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli; Pengerusi Eksekutif Advance TC Group Sdn. Bhd, Datuk Ahmad Ghiti Mohd. Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif AdvanceTC Limited, C.P. Loi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/tpm-lancarkan-xplore-x7-telefon-satelit-android-pertama-di-dunia-1.721327#ixzz5NMCb3Qlg 
© Utusan Melayu (M) Bhd