MAGIC XPLORE X7 – Peranti Pintar Android Berintegrasikan Komunikasi Satelit Pertama Di Dunia

News Coverage on Xplore X7 Launch on http://ering.com.my.

Hari ini menandakan hari yang penting dalam sejarah bagi syarikat AdvanceTC Group Sdn. Bhd dan AdvanceTC Ltd, bersama merasmikan peranti pintar Android yang berintegrasikan komunikasi satelit pertama di dunia, iaitu XPLORE X7.

Pelancaran ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bersama pengerusi eksekutif AdvanceTC Group Sdn. Bhd, YBhg Dato’ Ahmad Ghiti Mohd Daud.

Menurut YBhg Dato’ Ahmad Ghiti, peranti satelit adalah sangat penting perlu ada terutama di kawasan terpencil di mana infrastruktur telekomunikasi tidak dapat diakses. Kehadiran XPLORE X7 membolehkan pengguna berhubung semasa bencana alam berlaku.

XPLORE X7 mempunyai ciri-ciri unik seperti liputan global 98% dengan sambungan 4G, kamera unggul, butang kecemasan, ketahanan bateri yang lama, pemesejan 2-arah global dengan sistem encryption, kalis air IP67, pemantauan SOS, komunikasi peribadi, pengesanan dan perkongsian.

Spesifikasi XPLORE X7

  • Android 8.0
  • Qualcomm Snapdragon MSM8953, Octa-core 2.2GHz
  • Adreno 506
  • 2 inci FHD Corning Gorilla 3D Glass
  • 4GB RAM + 64GB ROM, microSD sehingga 128GB
  • Kamera Utama 16MP f/2.0 aperture, PDAF, Dual tone LED flash
  • Kamera Hadapan 8MP f/2.0 aperture
  • Rakaman video 4K
  • Bluetooth 4.0, NFC, WiFi 802.11ac/b/g/n, USB Type-C
  • Bateri 4500mAh, Qualcomm Quick Charge 3.0
  • Dimensi: 153 x 76 x 14mm, 220g

Harga dan ketersediaan peranti ini akan diumumkan dalam masa singkat ini.